MIC Akan Tinggalkan BN?
MIC Akan Tinggalkan BN?
Pemimpin parti komponen Barisan Nasional terutamanya MCA dan MIC sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan sekutu mereka.
Sudah beberapa kali, pemimpin kedua-dua parti tersebut menyebut secara terbuka hasrat untuk meninggalkan Barisan Nasional.
Namun hingga ke saat ini, mereka tetap kekal bersama-sama Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO.
Terkini, tanpa berselindung, presiden MIC, S Vigneswaran, memberikan isyarat MIC akan mengkaji semula kedudukan mereka di dalam Berisan Nasional.
“Biar kami selesaikan MIC berada di gabungan mana dulu (pada PRU16).”
“Nanti, saya beritahu berhubung pengagihan kerusi.”
“Masih ada masa yang panjang.”
“Buat masa ini, kami menyokong kerajaan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata begitu selepas diminta memberikan respon mengenai hasrat UMNO untuk bertanding di parlimen Kota Raja.
Kota Raja adalah kerusi parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India.
MIC mendakwa parlimen Kota Raja adalah kerusi tradisi mereka kerana sebelum ini MIC mewakili Barisan Nasional di sana.
Bagaimanapun, kali terakhir MIC menang di situ adalah pada PRU 2004.
Vigneswaran sendiri sebagai ahli parlimennya.
Selepas itu, kerusi itu dipegang Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan hingga ke hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul, meminta agar UMNO bahagian itu diberikan kerusi parlimen.
Atau sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di parlimen tersebut dalam PRU 16 nanti.
Hasrat itu mendapat sokongan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid.
Beliau berkata sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Amirudin Shari pula berkata pihaknya sedia berbincang mengenai perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Vigneswaran berkata MIC tidak akan menyertai kempen PRK Nenggiri yang ditandingi UMNO.
Alasan yang diberikan adalah kerana hanya ada seorang pengundi India di situ.
“Kita tak ada kerja di sana.”
“Di Mahkota, anggaran pengundi India seramai 5,144 orang.”
“Maka, MIC perlu bekerja di sana khusus untuk mendampingi pengundi India,” tambah beliau.
Tidak Perlu Main Tarik Tali
MIC mesti menyatakan hasrat mereka dengan jelas dan tegas, sama ada akan bersama dengan Barisan Nasional atau menyertai gabungan parti yang lain.
Tidak perlu cuba main tarik tali dalam menyatakan pendirian.
Kita percaya, kepimpinan Barisan Nasional, terutamanya UMNO, terbuka untuk menerima apa sahaja keputusan MIC.
Cuma MIC perlu faham, kerusi tradisi bermaksud, ianya dimenangi secara berturut-turut dalam pilihanraya.
Dan bukannya bertanding secara berturut-turut tetapi kalah.
Tidak ada pengundi India dalam sesuatu pilihanraya kecil bukanlah alasan untuk tidak turun padang.
MIC boleh melakukan kerja di sebalik tabir untuk memastikan kelancaran jentera pentadbiran.
Ini bukan kali pertama MIC memberikan alasan untuk tidak turun padang dalam pilihanraya kecil.
Sebelum ini, MIC melakukan perkara yang sama dalam pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu.
Apakah di DUN Kuala Kubu Baharu juga hanya ada seorang pengundi India di sana?
MIC Akan Tinggalkan BN?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Calon Ali Baba PAS
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya