Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
Naib Presiden PPBM, Radzi Jidin, cuba menimbulkan narati berlakunya pergeseran antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau menuduh UMNO menghalang DAP dari turun berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri yang akan diadakan.
Radzi Jidin juga berkata, perbuatan UMNO itu boleh diibaratkan seperti cuba menyorokkan perkawinan yang sudah terjadi.
Secara tidak langsung, beliau cuba memberikan gambaran bahawa UMNO sebenarnya sedang membodohkan pengundi di DUN Nenggiri.
“UMNO cukup runsing kalau DAP mari ke Nenggiri kot-kot orang Nenggiri tahu dia (UMNO) nikah dah dengan DAP.”
“Ini taktik UMNO.”
“Dia anggap orang Nenggiri tak dapat maklumat dalam keadaan sekarang UMNO tidak mendominasi kerajaan.”
“Ini diakui sendiri oleh Presiden UMNO,” kata beliau.
Realitinya adalah UMNO tidak pernah menghalang mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk datang membantu di pilihanraya kecil Nenggiri.
Ini diakui sendiri oleh Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh atau Ku Li.
Apa yang Ku Li katakan adalah tidak ada keperluan untuk DAP berkempen di pilihanraya kecil DUN Nenggiri.
Alasan Ku Li adalah munasabah kerana pengundi Melayu di DUN Nenggiri adalah 100% Melayu.
Malah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dengan berlapang dada memahami apa yang dimaksudkan oleh Ku Li.
Tidak timbul isu UMNO menghalang DAP untuk sama-sama membantu, apa lagi wujud pergeseran antara UMNO dan DAP sebagaimana yang cuba digambarkan.
Lebih menghairankan, PAS pula yang persoalkan mengapa DAP tidak turun padang dalam kempen pilihanraya kecil DUN Nenggiri.
Provokasi itu cuba dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Pasal apa tak mari, orang Sungai Terah nak kenal DAP.”
“DAP ini tiada semangat setiakawan.”
“Kawan tengah susah ketika ini mari pun tidak,” kata beliau semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah.
Sangat jelas kepada kita semua, Perikatan Nasional adalah gabungan parti yang menjadikan isu perkauman sebagai paksi menarik sokongan.
Sampai bilakah Perikatan Nasional mahu mengadu domba rakyat Malaysia?
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Calon Ali Baba PAS
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya