“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat

“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat

“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat

Anggota kumpulan Sepah iaitu Mamat menafikan dakwaan cerita di dalam segmen Dol’s Podcast bersama Shuib adalah ditokok tambah.

Menerusi laporan Harian Metro, Mamat berkata, walaupun kejadian itu sudah berlaku 16 tahun lalu, dia bersyukur Allah SWT mengurniakan dirinya daya ingatan yang kuat.



 

Terdahulu, Mamat dan Shuib mengimbau kembali kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat pencarian lawak.

Pelbagai kenangan pahit manis diceritakan termasuk insiden pergaduhan akibat tidak puas hati antara Shuib dan Jep.



Mungkin ada dalam kalangan kami sudah lupa setiap insiden yang berlaku, tapi saya masih ingat setiap babak-babak yang terjadi.

Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.

Jelas pelawak ini lagi, sejarah yang pernah terjadi tidak mungkin boleh dipadam walaupun mungkin ada yang sudah melupakan kenangan lama.

 



Kata Mamat, dia tidak pernah berniat untuk mengaibkan sesiapa malah kontroversi yang tercetus ini dianggap perkara kecil kerana dia pernah menghadapi ujian yang lebih besar.

Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah.

Mamat bagaimanapun tidak pernah terasa dengan rakan-rakannya kerana sudah menganggap mereka seperti adik beradik.

Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja.



Dia juga enggan mengeruhkan lagi keadaan dan mengakui hubungannya dengan Jep dan Shuib masih baik seperti biasa.

“Mungkin Ada Orang Sudah Lupa Membuatkan Ia Dianggap Tokok Tambah” – Mamat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button