Galak usahawan Sabah mohon sijil halal

Galak usahawan Sabah mohon sijil halal

Galak usahawan Sabah mohon sijil halal
EWON Benedick. FOTO BERNAMA

Kota Kinabalu: Usahawan Sabah disaran mendaftar bagi mendapatkan sijil halal meneroka potensi besar industri halal di negeri itu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak, selain kedudukan strategik dan geografinya luas.

Katanya, setakat ini hanya 350 syarikat atau usahawan di Sabah memperoleh sijil halal mengikut maklumat Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Halal Hab, dan jumlah itu perlu ditingkatkan bagi membolehkan mereka menyertai pelbagai program keusahawanan halal disediakan kementerian.



“Saya mengalu-alukan komitmen kerajaan Sabah khususnya melalui Muis Halal Hab meningkatkan jumlah ini dan kementerian akan membantu apabila mereka mengemukakan permohonan (menyertai program pembangunan keusahawanan halal).

“Tidak ramai usahawan Sabah mengemukakan permohonan sijil halal kepada kementerian bagi mengikuti inisiatif mahupun program anjuran kementerian,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kesedaran Halal Usahawan Madani Sabah: Pensijilan Halal Usahawan/Pensijilan Halal Industri Kotej 2024 di sini kelmarin.

Seramai 168 usahawan Sabah menyertai bengkel dua hari berakhir esok dalam memacu pembangunan industri halal secara bersasar; meningkatkan keupayaan usahawan dan koperasi dalam menghasilkan produk serta perkhidmatan halal berdaya saing; serta meningkatkan bilangan usahawan Sabah mendapat sijil halal.

Ewon berkata, kerjasama erat Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah serta Muis Halal Hab diharap memperkasa program pensijilan halal dalam kalangan usahawan bagi membantu pemilikan sijil halal dan membangunkan potensi produk sehingga peringkat antarabangsa.



Galak usahawan Sabah mohon sijil halal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button