Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario

Hormat Permintaan Terakhir Arwah Hamdan

Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario

Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario

Pelawak Lan Pet Pet memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali bersatu dengan kumpulan Senario.

Persahabatan sebagai satu keluarga

Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario



Menerusi laporan Harian Metro, Lan berkata, dia menghormati permintaan terakhir rakan seangkatan dalam Senario, Allahyarham Hamdan Ramli yang mahu melihat mereka kembali bersatu.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, kalau diikutkan dia sudah lama kurang berminat untuk aktif dalam bidang seni dek kerana sibuk menguruskan perniagaan dan bekerja dengan sebuah syarikat guaman di Kedah.

Tapi, ketika menziarah keluarga Hamdan pada hari dia dikebumikan, isteri arwah iaitu Lin (Norhamalini Ahmed) bertemu dengan saya dan isteri, Ruby (Rubytah Abu Bakar) memaklumkan Allahyarham selalu tanya dan ingat pada saya.

Lin kata, arwah juga mahu saya bersama semula dengan Senario atas persahabatan kami semua sebagai satu keluarga. Saya pun bincang dengan Ruby dan kami sepakat, maka kini saya kembali bersama Senario semula.



Tambah Lan, hubungannya dengan semua anggota Senario yang lain sama seperti keluarga dan mereka sangat rapat.

Ketika arwah Hamdan sakit dan dia dirawat di Johor, saya memang tidak berkesempatan menziarahnya di sana. Cuma, saya dapat hadir pada hari pengebumian arwah dan berjumpa juga dengan semua rakan Senario yang lain.

Hubungan kami semua (Senario) tetap baik-baik selama ini, namun hanya saya seorang sebenarnya yang dah tak mahu aktif dalam karier seni. Apapun, saya teruja untuk terbabit dalam ‘showcase’ Senariounion yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 31 Ogos ini.

Lagi pula, sejarah saya bersama arwah Hamdan, Azlee, Wahid dan Pak Ya (Illya) bermula di Melaka pada awal kemunculan kami selepas Sinaran Pasport Kegemilangan dulu. Masa itu, kami belum jadi artis lagi dan ke sana untuk sertai Karnival TV3, tapi orang Melaka sambut dengan baik.



Sumber: Harian Metro

Lan Pet Pet Kembali Bersama Senario


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button