Maryam Durian Kimchi Cerita Cabaran Istiqamah
Terfikir Nak Makan Daging Khinzir Dan Minum Arak
Maryam Durian Kimchi Cerita Cabaran Istiqamah
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi, mengakui bahawa tidak mudah untuk kekal istiqamah dalam memakai hijab dan menjadi wanita muslimah.
Menerusi laporan HibGlam, Maryam atau nama sebenarnya Maryam Younarae, berkata dia cuba melawan keinginannya untuk kembali ke imej lama.
Tipulah kalau cakap tak susah, sejujurnya hari-hari terlintas dalam fikiran untuk buka tudung tetapi iman saya setakat ini lebih kuat daripada keinginan itu semua.
Bukannya tak teringin mahu makan daging khinzir, mahu minum alkohol, hari-hari perkara itu terlintas sahaja tetapi sekadar terlintas sahajalah. Fikir tidak dosa, buat baru dosa.
Dalam pada itu, Maryam juga berkata dia ikhlas untuk mendalami ilmu agama tanpa paksaan dari mana-mana pihak termasuk suaminya, Rizal Ibrahim.
Suami saya tidak cakap apa-apa, lagipun memang saya tidak suka. Biarlah saya istiqamah kerana diri sendiri dan atas kerelaan diri bukannya sebab ikut cakap orang.
Maryam sebelum ini telah memeluk agama Islam pada 11 Julai 2019, di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul Korea Selatan.
Maryam Durian Kimchi Cerita Cabaran Istiqamah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina