CHIP didaftar BNM sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian
CHIP didaftar BNM sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian
Kuala Lumpur: CHIP In Sdn Bhd (CHIP), syarikat pemula teknologi kewangan milik Bumiputera kini sudah didaftarkan sebagai penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran dalam talian bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Ketua Pegawai Eksekutif, CHIP-Digital Finance Platform, Zakwan Sharif berkata, kelulusan itu adalah satu lagi kejayaan besar sepanjang perjalanan syarikat dalam meningkatkan tahap perkhidmatan pembayaran dalam talian bagi PKS di Malaysia.
Katanya, melalui pendaftaran ini, CHIP membuktikan komitmen menyediakan gerbang pembayaran dalam talian yang selamat, dipercayai, inovatif serta disesuaikan dengan keperluan operasi perniagaan PKS yang semakin berdaya tinggi.
“Pendaftaran ini bukan sahaja bukti komitmen kami terhadap tahap kecemerlangan dan keselamatan perkhidmatan gerbang pembayaran online, tetapi juga mendorong kami untuk terus maju dalam memperkasa PKS dengan penyelesaian kewangan digital berinovasi.
“CHIP akan terus komited dalam visinya untuk merevolusikan landskap kewangan digital PKS,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
Menurutnya, selain perkhidmatan gerbang pembayaran dan pengurusan perbelanjaan PKS, CHIP juga merancang untuk melancarkan rangkaian produknya untuk merangkumi perkhidmatan e-Invois dan platform Know Your Business (KYB), sekali gus meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan kewangan PKS.
Sejak penubuhan syarikat pada Mac 2022, CHIP pantas menempa nama sebagai peneraju inovasi pengurusan kewangan digital PKS di Malaysia.
CHIP menyediakan platform komprehensif merangkumi gerbang pembayaran dalam talian, pengurusan perbelanjaan perniagaan dan pengurusan pematuhan perniagaan.
Walaupun dikira sebagai pendatang baharu dalam landskap industri teknologi kewangan, CHIP berjaya menjadi penyedia solusi pengurusan kewangan digital yang dipercayai oleh lebih daripada 2,000 PKS dan sudah memproses sekitar RM1 bilion dalam nilai transaksi, dalam tempoh kurang tiga tahun.
CHIP juga menerima pensijilan ISO/IEC 27017:2015 & ISO/IEC 27001:2022 pada pertengahan tahun ini sebagai pengiktirafan antarabangsa ke atas tahap piawaian keselamatan dan pengurusan teknologi.
CHIP didaftar BNM sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina