Gallant beritahu Pentagon mengenai kemungkinan serangan skala besar Iran – Axios

Gallant beritahu Pentagon mengenai kemungkinan serangan skala besar Iran – Axios

Gallant beritahu Pentagon mengenai kemungkinan serangan skala besar Iran - Axios
PENTAGON. FOTO AFP

Washington: Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada Ahad dilaporkan bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin, dan memberitahunya mengenai persiapan ketenteraan Iran menunjukkan negara itu bersiap sedia untuk serangan besar-besaran ke atas Israel.

Perkara itu didedahkan wartawan Axios, Barak Ravid di X, yang memetik sumber yang mempunyai maklumat mengenai panggilan itu.

Terdahulu, Iran dilaporkan bersedia melaksanakan perintah pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei, untuk menghukum Israel dengan keras atas pembunuhan pemimpin Hamas di Tehran, kata timbalan komander Pengawal Revolusi Iran, Ali Fadavi.



“Arahan pemimpin tertinggi berkenaan hukuman keras terhadap Israel dan membalas dendam terhadap darah syahid Ismail Haniyeh adalah jelas… dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang terbaik,” katanya dipetik oleh media Iran.

Iran dan kumpulan Hamas menuduh Israel melakukan pembunuhan Ismail pada 31 Julai.

Pembunuhan Ismail mencetuskan kebimbangan lanjut bahawa perang antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza bertukar menjadi perang lebih meluas di Timur Tengah.

Ketika diminta oleh pemberita untuk menjawab kenyataan Ali, jurucakap keselamatan negara Rumah Putih John Kirby berkata, AS bersedia untuk mempertahankan Israel dengan banyak sumber di rantau itu.



Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pada 9 Ogos, tindak balas Tehran terhadap pembunuhan Israel terhadap Ismail adalah perkara yang sama sekali tidak berkaitan dengan usaha untuk menjadi perantara gencatan senjata dalam perang 10 bulan antara Israel dan Hamas di Gaza.

AS, Mesir dan Qatar pada 8 Ogos menyeru Israel dan Hamas untuk bertemu untuk rundingan pada 15 Ogos di Doha atau Kaherah, bagi memuktamadkan gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan.

Israel berkata, ia akan hadir, manakala seorang pegawai Hamas memberitahu Reuters bahawa kumpulan itu sedang mengkaji tawaran baharu untuk rundingan berkenaan.

Gallant beritahu Pentagon mengenai kemungkinan serangan skala besar Iran – Axios

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button