Harga premium insurans naik beransur-ansur
Harga premium insurans naik beransur-ansur

Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Kelvin Ong berkata, bank pelaburan itu menjangkakan berlaku tekanan berterusan ke atas tuntutan perubatan pada separuh kedua 2023.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berikutan peningkatan caj hospital dan ubat-ubatan serta lebih ramai pesakit yang mendapatkan rawatan perubatan selepas pandemik.
“Justeru, syarikat insurans/takaful hayat akan terus menaikkan harga premium/sumbangan secara beransur-ansur untuk polisi sedia ada dan baharu untuk mencerminkan perkembangan tuntutan terkini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Ong berkata, pihaknya menjangkakan nisbah tuntutan keseluruhan untuk insurans/takaful am sudah menjadi normal, didorong oleh normalisasi tuntutan motor selepas pembukaan semula ekonomi.
Justeru, beliau berkata, walaupun terdapat tekanan pada nisbah tuntutan kebakaran serta kelas perniagaan marin, penerbangan dan transit (MAT) yang dilihat pada suku pertama 2023, pihaknya tidak menjangkakan nisbah tuntutan tertanggung bersih keseluruhan untuk insurans/takaful am akan meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono
- Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia
- Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?
“Kami terus melihat pertumbuhan dalam premium/sumbangan motor dengan pelancaran lebih banyak model kenderaan baharu pada tahun ini berbanding tahun lalu walaupun pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tamat tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Ong berkata, premium/sumbangan insurans hayat atau takaful keluarga kasar dijangka berkembang dengan angka tunggal yang rendah.
Beliau berkata, AmInvestment Bank menjangkakan cabaran akan berterusan dengan ketidaktentuan makroekonomi dan tekanan inflasi menyebabkan pengguna kekal berhati-hati dalam melakukan pembelian pelan insurans hayat jangka panjang.
Katanya, bagi takaful keluarga, pertumbuhan sumbangan akan lebih rendah pada tahun ini, berikutan pelaksanaan FRS 17 pada 1 Januari lalu yang akan menyaksikan hanya sumbangan yang diperoleh diiktiraf sebagai pendapatan berbanding sumbangan penuh yang diterima yang dilaporkan sebagai pendapatan pada tahun sebelumnya.
Ong berkata, AmInvestment Bank mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap saham syarikat yang bergiat dalam sektor insurans.
“Pilihan utama adalah Allianz Malaysia dengan sasaran harga RM16.70 sesaham dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga pada sasaran harga RM4.20,” katanya.
Harga premium insurans naik beransur-ansur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA
- UMNO gelap atau terang bukan lagi urusan Khairy .
- Mahathir paling tidak layak bicara tentang undang undang