Ibarat dunia terhenti seketika – Shah Firdaus

Ibarat dunia terhenti seketika – Shah Firdaus

Ibarat dunia terhenti seketika – Shah Firdaus
SHAH FIRDAUS (kiri) terkilan tidak dapat menyumbangkan pingat buat kontinjen negara pada final keirin lelaki malam tadi. – OCM

PETALING JAYA – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meluahkan kekecewaan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya susulan aksi penuh mendebarkan pada aksi final keirin lelaki yang berlangsung semalam.

Menerusi perkongsian itu, Shah Firdaus menggambarkan seperti dunia terhenti seketika ketika berdepan detik mencemaskan itu selain selain mengakui sukar untuk menerima kenyataan selepas terjatuh pada penghujung perlumbaan.

“Terkelu, tergamam, dan mungkin berbagai reaksi yang ada daripada semua yang menyaksikan aksi perlumbaan akhir Keirin semalam. Bagi saya, dunia rasanya terhenti seketika. Berat, payah, perit untuk saya hadam. Rasanya seakan semua harapan, perit jerih, susah payah saya sejak hari pertama hancur lebur, sedangkan ia sudah terbuka luas untuk digapai.



“Pada situasi itu, sukar untuk saya rasionalkan semua yang berlaku. Namun, sebagai muslim kita perlu redha atas semua ketentuan. Kita merancang, Allah merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang,” tulis pelumba berusia 28 tahun itu.

Shah Firdaus turut mengakui bahawa segala harapan dan usaha keras yang dicurahkan sejak awal seakan-akan musnah selepas kempunan untuk sekurang-kurangnya menyumbang pingat gangsa buat Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi




Bagaimanapun, pelumba kelahiran Muar, Johor itu menyatakan bahawa dia menerima ketentuan tersebut dengan hati yang terbuka meskipun perit untuk menerima hakikat hasil daripada keputusan perlumbaan tersebut.

Pada aksi final itu, Shah Firdaus disingkirkan ke kedudukan keenam biarpun pada awalnya menamatkan saingan di tempat keempat selepas didakwa menjadi punca kemalangan yang turut melibatkan pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Jack Carlin (Great Britain). – KOSMO! ONLINE

Ibarat dunia terhenti seketika – Shah Firdaus

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS Menang, Tanah Hilang

 

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button