Lelaki didakwa bunuh anak tauke restoran

Lelaki didakwa bunuh anak tauke restoran

Lelaki didakwa bunuh anak tauke restoran
TERTUDUH kes bunuh anak peniaga restoran diiring anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan. FOTO Ihsan Pembaca

Sandakan: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh anak pemilik restoran di bandar ini, Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Zulfaizzie Hanafi Mohd Firdaus, 23, kerana masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa.

Majistret Nur Faezah Jafry kemudiannya menetapkan sebutan semula kes itu pada 10 September depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.



Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zulfaizzie bersama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh Mohammed Noufal Abdul Rasheed, 35, antara 5.18 pagi, 21 Julai hingga 11.30 pagi, 25 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Memanjang, dekat sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi




Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zamri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, tiga lelaki diburu polis selepas penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di kawasan semak berdekatan ladang kelapa sawit pada 25 Julai lalu.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Noufal yang sebelum itu dilaporkan hilang.



Seorang daripada lelaki terbabit iaitu Mohd Zulfaizzie, kemudiannya ditahan di Selangor pada 1 Ogos lalu bagi membantu siasatan, sebelum dituduh di mahkamah, hari ini.

Lelaki didakwa bunuh anak tauke restoran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



 

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button