Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS – Tengku Zafrul

Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS – Tengku Zafrul

Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul
TENGKU Zafrul ditemui pemberita selepas program Pertemuan Konsultasi Kebangsaan mengenai Perdagangan Hijau, anjuran Khazanah Research Institute serta Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), bersandarkan pencapaian semasa negara.

Beliau berkata, walaupun AS menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, petunjuk ekonomi negara termasuk kadar inflasi yang terkawal dan unjuran pertumbuhan negara bagi suku kedua sebanyak 5.8 peratus memberi sokongan yang baik.

Bagaimanapun katanya, negara juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi buruk termasuk memberi fokus kepada industri yang berdaya tahan.



“Bagi kita, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka dengan nisbah perdagangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 130 peratus, kita perlu memastikan ekonomi kita adalah ekonomi yang pelbagai, bukan sahaja dari segi produk dan KDNK, malah pasaran, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pertemuan Konsultasi Kebangsaan mengenai Perdagangan Hijau, anjuran Khazanah Research Institute serta Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi




Ketika ditanya sekiranya keadaan di AS semakin buruk justeru memberi kesan kepada pelan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata, NSS adalah program bersifat jangka panjang sehingga 2030.

“Sekiranya ada kejutan luaran, kita perlu bersedia. Namun jangan lupa ia sasaran jangka panjang, pasti akan ada turun naik dan akan tetap bergerak ke atas. Kita memberi fokus kepada industri berdaya tahan dan industri semikonduktor yang dilihat agak berdaya tahan.

“Keadaan ini memandangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan terus berkembang dan memerlukan cip mikro, tenaga, pusat data dan sebagainya. Oleh itu, ia tidak akan banyak terjejas, malah akan menjadi satu keperluan seperti air dan elektrik,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata pembiayaan hijau perlu diperluaskan kepada semua syarikat di Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memupuk perkembangan industri dan perdagangan hijau.



 

Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS – Tengku Zafrul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS Menang, Tanah Hilang

 

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina




 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button