Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan

Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan

Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan
RAMLI berkata sejak Ogos 2022 sehingga kini sebanyak 11 laporan polis diterima pihaknya membabitkan individu itu atas dakwaan penipuan pelaburan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan terkenal yang juga pemilik kelab bola sepak kini dalam pemantauan dan siasatan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.

Lelaki terbabit juga sebelum ini dikatakan pakar pelaburan saham, namun masalah mula tercetus sejak 2022 apabila ada pelabur yang mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas melabur ke dalam syarikatnya namun tidak menerima pulangan.

Malah sebelum ini pelabur terbabit turut membuat sidang media mendesak ahli perniagaan itu memulangkan semula wang mereka.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak Ogos 2022 sehingga kini sebanyak 11 laporan polis diterima pihaknya membabitkan individu itu atas dakwaan penipuan pelaburan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

“Bagaimanapun, empat kertas siasatan diberikan keputusan NFA oleh Timbalan Pendakwa Raya kerana aduan yang dibuat oleh mangsa berkenaan bersifat kes sivil.



“Empat lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan masih dalam siasatan,” katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Ramli berkata, semua kertas siasatan jenayah penipuan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan denda.

“Suka diingatkan, bagi membanteras aktiviti jenayah, usaha bersama antara masyarakat dan pihak polis amat penting.

“Langkah-langkah pencegahan wajar diambil sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan,” katanya.



Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



 

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button