Shah Firdaus harap netizen matang, tak emosi

Shah Firdaus harap netizen matang, tak emosi

Shah Firdaus harap netizen matang, tak emosi
PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kiri) terlibat dalam kemalangan bersama pelumba Jepun, Shinji Nakano dan wakil Great Britain, Jack Carlin pada aksi final acara keirin. Foto: MOM

KUALA LUMPUR – Sokongan kepada atlet negara harus dizahirkan secara lebih ilmiah dan bukannya berpaksikan kepada emosi hingga boleh memberikan kesan buruk kepada imej Malaysia di pentas dunia.

Menyedari kekecewaan melampau sedang dihadapi peminat sukan di Malaysia, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tampil dengan mesej peribadi supaya ‘netizen’ di negara ini menjaga adab setiap kali meluahkan pendapat.

“Suka juga untuk saya menggunakan platform ini untuk kita saling mengingatkan bahawa kami sebagai atlet sangat menjaga nama baik negara Malaysia yang kita cintai ini daripada pelbagai aspek.



“Oleh itu, saya berharap warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini untuk turut menjaga nama baik negara. Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi.

“Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga,” katanya menerusi ciapan di laman media sosial Instagram miliknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina


Sebelum ini wujudnya ‘serangan netizen’ kepada pelumba Jepun, Shinji Nakano yang didakwa menjadi punca kepada insiden kemalangan pada pentas final keirin, semalam sekaligus menamatkan harapan Malaysia menambah satu lagi pungutan pingat di Sukan Olimpik 2024.

Pada perlumbaan di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines itu, Muhammad Shah Firdaus dilihat berada di posisi tepat untuk sekurang-kurangnya dikalungkan pingat gangsa namun segalanya berubah apabila berlaku insiden kemalangan membabitkannya bersama Nakano dan pelumba Great Britain, Jack Carlin. – KOSMO! ONLINE



Shah Firdaus harap netizen matang, tak emosi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button