Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?

Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?

Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?

 

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, dilihat masih belum boleh menerima hakikat bahawa beliau gagal menjadi perdana menteri kali kedua.

Bukan sekali atau dua, tetapi di setiap kesempatan yang ada, beliau pasti akan mengungkit kembali proses pelantikan perdana menteri ke 10.



Beliau cuba menanamkan naratif bahawa kononnya YDP Agong ketika itu, Al Sultan Abdullah, tidak mengikuti proses yang sepatutnya.

Tetapi benarkah begitu.

Untuk menilai sendiri apa yang berlaku di Istana Negara di hari kejadian, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi, memberikan penerangan.

Selepas PRU15, yang pertama datang ke pejabat UMNO ialah Saifuddin Nasution berjumpa DS Zahid dan Dr Asyraf Wajdi.



Saifuddin bawa amanah dari Anwar Ibrahim untuk hadir kerana Pakatan Harapan ada 82 kerusi dan Barisan Nasional ada 30 kerusi.

Ini membolehkan kerajaan dibentuk dengan majoriti mudah yang memerlukan 112 kerusi.

DS Zahid tidak buat keputusan malam itu walau pun dia boleh buat keputusan bersendirian.

Ini kerana semua ahli parlimen Barisan Nasional telah tandatangani perjanjian sebelum menerima watikah sebagai calon.



Perjanjian itu memberi mandat sepenuhnya kepada Pengerusi Barisan Nasional untuk berunding dengan sesiapa sahaja bagi maksud menubuhkan kerajaan.

DS Zahid adakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Barisan Nasional dan Biro Politik UMNO.

Perundingan PH-BN Dan Pengkhianatan PN

Keesokan harinya datang rombongan Anwar, Mat Sabu, Saifuddin ke Pejabat UMNO.

PH datang dan berjumpa Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional.



Turut ada dalam jawatankuasa tersebut adalah Presiden MCA dan Presiden MIC.

DS Zahid berikan 10 syarat yang telah ditetapkan.

Selepas habis perjumpaan tersebut, DS Zahid minta Dr Zambri berhubung dengan Muhyiddin, supaya berlaku adil untuk tunjuk pula syarat-syarat BN kepada PN.

Malangnya, Muhyiddin tidak layan dan dia kata nanti dulu.



Apabila Ismail Sabri balik dari menghadap YDP Agong, beliau maklumkan ada 10 orang ahli parlimen BN yang sokong Muhyiddin.

Jawatankuasa Majlis Tertinggi BN buat keputusan.

Ismail Sabri diarahkan oleh Presiden untuk ambil tandatangan 10 orang tersebut sebagai menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Surat Akuan Bersumpah Muhyiddin Tidak Sah

Keesokkannya DS Zahid, arahkan Dr Asyraf dan seorang lagi pegawai untuk hantar 30 dokumen ke Istana Negara.



Ada watikah yang menyebut, menyokong Anwar Ibrahim.

Bila Tuanku panggil Muhyiddin pada hari ke-5, dia masih berkeras dan bagitahu beliau sudah cukup jumlah-114 kerusi.

Tuanku kata tak boleh terima kerana dari 114, ada MP BN yang juga sokong Anwar Ibrahim.

Ada juga 4 orang dari Parti Sarawak yang sign SD sokong Anwar.

Dan ada juga yang sign 3 kali.

PN hanya tinggal 73 dan tidak cukup.

𝗧uanku Usahakan Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Titah Tuanku, cukup-cukup berbalah.

Negara akan hancur jika tidak boleh tubuh kerajaan.

Maka Tuanku minta supaya Muhyiddin setuju atau tidak untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Muhyiddin berkeras dan keluar buat sidang media.

Dengan angkuh beliau berkata, Tuanku minta tubuh Kerajaan Perpaduan, PN sudah buat keputusan tidak bersetuju.

Selepas Muhyiddin keluar, Anwar masuk berjumpa Tuanku.

Tuanku minta Muhyiddin tunggu dan panggil dua-dua bersekali.

Muhyiddin berkeras dan keluar terus dan buat sidang media di kediamannya Damansara Heights.

Anwar masuk dengan rasa yakin beliau sudah sokongan, 30 dari BN dan PN 82.

Tuanku atas kebijaksanaan titahkan 30 ini pun tidak sah sebab ada dari 30 yang tandatangan sokong Muhyiddin.

Tuanku merayu supaya ditubuh Kerajaan Perpaduan.

Anwar bersetuju tapi 82 tidak cukup jumlah.

Pukul 5 petang (22 November 2024) keluar satu kenyataan dari Istana minta supaya BN datang menghadap.

Keesokannya DS Zahid datang menghadap Tuanku.

DS Zahid tidak pergi menghadap berseorangan tapi ditemani oleh Tok Mat dan Dr Zambri untuk menjadi saksi.

Waktu menghadap, Tuanku titah satu perkara sahaja, ‘Tubuhkan Kerajaan Perpaduan, titik noktahkan persengketaan lama’.

DS Zahid jawab dengan penuh beradab bahawa patik boleh bersetuju tapi patik tidak boleh membuat keputusan seorang.

Beri masa patik berbincang dengan Majlis Tertinggi BN.

Nilaikan sendiri, apakah benar kenyataan yang sering dibuat oleh Muhyiddin?

 

Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button