Harimau Malaya tundukkan Kepulauan Solomon
Harimau Malaya tundukkan Kepulauan Solomon

KUALA TERENGGANU: Harimau Malaya membuktikan ranking lebih rendah tidak menghalang mereka untuk melakar kemenangan selepas menewaskan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.
Skuad kendalian Kim Pan-gon yang berada di ranking ke-138 dunia berbanding lawan di tangga 134, mempamerkan taring apabila bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan 4-1.
Harimau Malaya bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pelawat menerusi Raphael Le Ai pada minit ke-11 selepas penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tersilap langkah apabila keluar dari posisinya.
Tersentak dengan jaringan itu, barisan pemain negara menggandakan usaha untuk meburu gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila pemain naturalisasi, Paulo Josue meledak gol sulungnya bersama Harimau Malaya pada minit ke-40.
Pada masa kecederaan babak pertama, giliran pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi pula membuka akaun jaringan bersama skuad kebangsaan apabila menyudahkan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan lawan, Calvin Ohasio.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
Pemain gantian, Safawi Rasid membalas kepercayaan jurulatih apabila dia tidak melepaskan peluang terbaik untuk menambah jaringan ketiga Harimau Malaya pada minit ke-76.
Lee Tuck kemudian melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila meledak gol keempat pada masa kecederaan.
Harimau Malaya tundukkan Kepulauan Solomon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :