Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah

Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah

Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah
KEROSAKAN yang berlaku akibat Taufan Shanshan di Miyazaki, Jepun. FOTO Bakutenman/ Reuters

Oita, Jepun: Satu daripada taufan terkuat di Jepun dalam beberapa dekad, yang membawa bersama hujan lebat merentasi wilayah selatan, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan puluhan cedera, semalam.

Korban itu dilapor media tempatan ketika pihak berkuasa memberi amaran bahaya Taufan Shanshan dan mengarahkan berjuta penduduk berpindah ke tempat lebih selamat, susulan ancaman banjir dan tanah runtuh.

Taufan Shanshan membawa angin ribut sehingga 252 kilometer sejam ketika ia melanda pulau Kyushu di selatan Jepun, awal pagi semalam, menjadikannya ribut paling kuat tahun ini dan antara yang paling kuat sejak 1960.



Menurut pejabat cuaca, ribut itu kemudian menjadi lemah dengan tiupan maksimum 162 kph pada 5.00 petang (0800 GMT), tetapi ia masih menyebabkan hujan lebat di seluruh Kyushu dan seterusnya ketika bergerak perlahan ke arah pulau utama Honshu.

Lima orang ditemui mati dalam ribut itu, Jiji Press melaporkan, termasuk seorang lelaki yang rumah dua tingkatnya runtuh di Wilayah Tokushima.

Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah
BANJIR berlaku di bandar YIFU, Oita akibat Taufan Shanshan. FOTO AFP.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran bahawa risiko bencana akibat hujan lebat boleh meningkat secara drastik di barat Jepun menjelang hari ini.

Sebelum Shanshan melanda, hujan lebat pada Selasa menyebabkan berlaku tanah runtuh di wilayah Aichi, kira-kira 1,000 kilometer dari Kyushu yang mengorbankan tiga sekeluarga.



Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tertinggi di beberapa kawasan di negara itu, dengan lebih lima juta orang dinasihatkan untuk berpindah, walaupun tidak jelas berapa ramai yang berpindah.

Bandar Kunisaki di wilayah Oita di Kyushu memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah ke tempat selamat atau tempat yang lebih tinggi seperti tingkat dua rumah kerana risiko banjir.

Sekurang-kurangnya 80 orang dilaporkan cedera setakat ini di seluruh Kyushu, kata JMA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan


Bandar pantai Miyazaki pula dipenuhi serpihan daripada hampir 200 bangunan yang rosak, dengan 25 orang dilaporkan cedera.

Menurut JMA lagi, beberapa bahagian wilayah Miyazaki merekodkan taburan hujan tinggi, dengan bandar Misato pada 791.5 milimeter dalam tempoh 48 jam.



Pengendali utiliti Kyushu memaklumkan sekurang-kurangnya 187,010 rumah terputus bekalan elektrik di pulau itu.

Susulan bencana, syarikat kereta gergasi Toyota menggantung pengeluaran di semua 14 kilangnya di Jepun. Nissan dan Honda juga menghentikan operasi di kilang Kyushu, begitu juga dengan pembuat cip termasuk Tokyo Electron.

Kyushu ialah hab untuk industri semikonduktor dengan syarikat gergasi cip, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company membuka kilang di sana pada Februari lalu.

Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah
PEKERJA mengalihkan pokok tumbang akibat Taufan Shanshan di Oita. FOTO AFP.

Sementara itu, lebih 44,000 penumpang terjejas selepas Japan Airlines dan ANA membatalkan lebih 1,000 penerbangan domestik dan empat penerbangan antarabangsa untuk Khamis dan Jumaat. Pengendali kereta api pula menggantung kebanyakan kereta api peluru Shinkansen antara Hakata dan Tokyo Kyushu, dan memaklumkan perkhidmatan ke tempat lain juga dijangka alami gangguan hari ini.



Shanshan menyusul selepas Taufan Ampil yang lalu, menyebabkan hujan lebat hingga mengganggu ratusan penerbangan dan kereta api, tetapi hanya sedikit kerosakan dan kecederaan dilaporkan.

Taufan Shanshan ragut 5 nyawa, jutaan penduduk diarah pindah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button