MUAT NAIK FOTO RUMAH 3 TINGKAT, HAEL TERIMA UCAPAN TAHNIAH: “BERJAYA TAMBAH HUTANG”
“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang ,” demikian tulis penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, yang berkongsikan sekeping gambar dengan berlatarbelakangkan sebuah rumah baru tiga tingkat yang terletak di Damansara Perdana, Selangor.
Perkongsian tersebut seolah-olah memberi gambaran penyanyi lagu ‘Jampi’ itu baru sahaja memiliki kediaman berkenaan.
Lantas, perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas pencapaian terkini bintang berkenaan.
Klik untuk gambar besar