“TAK BOLEH CERITA LEBIH LANJUT… DIA ABANG SAYA” – ZETTY JAWAB ISU BERPELUKAN DENGAN LAN

Baru-baru ini, timbul sebuah video yang memperlihatkan aksi mesra peserta rookie program Vokal Mania iaitu Zetty Rashid dengan penyanyi Lan Solo berpelukan.

Aksi tersebut telah mengundang kritikan netizen di laman sosial. Rata-rata netizen menyifatkan aksi mesra Lan dan Zetty yang ditunjukkan di laman sosial itu sebagai tidak manis.

Bagaimanapun, Zetty, 26, menegaskan penyanyi lagu ‘Berpisah Tanpa Rela’ itu sememangnya abangnya namun enggan berkongsi lebih lanjut kerana beranggapan ia sesuatu yang terlalu privasi.

“Setakat ini, apa yang saya boleh jelaskan kami memang abang dan adik. Tapi saya tak boleh nak bercerita lebih lanjut lagi mengenai hubungan kami.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Bukan saya tak nak kongsikan tapi ada benda yang melibatkan keluarga ini perlu disimpan dan menjadi privasi antara kami. Untuk saya dan abang Lan, kami tak ada masalah atau isu yang besar. Biarlah orang luar tahu dia abang saya dan saya adik dia,” kata Zetty.

Video dan beberapa foto yang dimuat naik Zetty dan Lan berpelukan di Instagram masing-masing mendapat perhatian netizen yang keliru dengan hubungan mereka. Aksi tersebut dirakam selepas mereka selesai membuat persembahan di pentas Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Ahad.

Dalam pada itu, Zetty yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan Lan sudah menjangkakan netizen akan membuat spekulasi terhadap mereka.

Image_3.jpg

Menurut penyanyi lagu ‘Terpulanglah’ ini, isteri kepada Lan iaitu Nur Sheila Hassim juga sudah mengetahui hubungan mereka berdua sebelum menjadi isteri penyanyi itu lagi.

“Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak netizen mesti akan buat spekulasi. Tapi tak apa, kami tak kisah sekiranya mereka nak fikir yang bukan-bukan.

“Sebab kalau kita jelaskan pun, mereka tetap akan persoalkan semula dan ada saja yang tak kena. Tapi sebenarnya kalau kaji betul-betul, mesti kenal kami adik-beradik.

“Ada yang memang kenal saya, mereka tak bercakap apa-apa sebab tahu pertalian kami. Malah, isteri abang Lan pun tahu siapa saya sebelum mereka berkahwin,” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Leave a Reply