Gelagat Afwa Bodek Siti Nurhaliza Cetus Perhatian! [VIDEO]

“Ibu Sayang Intan Payung, Nak Tengok TV”

Gelagat Afwa Bodek Siti Nurhaliza Cetus Perhatian! [VIDEO]

Gelagat Afwa Bodek Siti Nurhaliza Cetus Perhatian! [VIDEO]
Gelagat Afwa Bodek Siti Nurhaliza Cetus Perhatian! [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Dari Ayat Ibu Tak Sayang Afwa, Terus Jadi Ibu Sayang Intan Payung”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Siti Nurhaliza yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta, tanda suka sebanyak 141 ribu dan sebanyak 1,636 komen.



Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang menggunakan ‘ayat manis’ kepada Tokti untuk membenarkannya bagi menonton televisyen.

@toktitiktok

Ayat manis sebelum dapat tengok TV ye…

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza



Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa sangat comel tambah pula dengan mulutnya yang petah berkata-kata itu. Tambah mereka lagi, Afwa sangat Sweet Talker pasti akan ramai gadis yang jatuh cinta padanya nanti.

Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Gelagat Afwa Bodek Siti Nurhaliza Cetus Perhatian! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button