Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok

 

Dalam memberikan respon segera terhadap kenyataan kontroversi Teresa Kok, Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Teresa Kok menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.

Tindakan perdana menteri memberikan respon segera adalah sesuatu yang tepat pada masanya.



Ekoran dari kenyataan kontroversi Teresa Kok mengenai isu Sijil Halal, pelbagai pihak telah menyatakan bantahan dan kemarahan.

Anwar Ibrahim menasihatkan Teresa Kok agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Beliau mahu Teresa Kok supaya menjaga sentimen muslim dan bukan Islam dan bukannya menunjukkan kehebatan.

Dan sekiranya ada pendapat atau pandangan yang mewakili sesuatu pihak, ianya mestilah dibuat secara perundingan.



Bukannya mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan pihak yang lain.

Sangat mengejutkan, sejurus selepas Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, ironiknya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

Beliau dilihat seolah-oleh menyanggah kenyataan Anwar untuk membela Teresa Kok.

Anthony Loke berkata, kenyataan Teresa Lok tidak melanggar undang-undang.



“Teresa Kok hanya menyampaikan pandangannya sebagai ahli parlimen mengenai dasar kerajaan.”

“Biro Guaman DAP akan menemani dan memberi nasihat undang-undang kepada beliau.”

“Dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” jelas Anthony Loke.

Kita bersetuju, negara kita mengamalkan kebebasan bersuara.



Tetapi sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, kebebasan bersuara ada limitasinya.

Begitu juga kita bersetuju, sebagai ahli parlimen, adalah menjadi tanggungjawab Teresa Kok untuk membawa suara pihak yang diwakili.

Tetapi membawa isu sensitif yang berkaitan dengan isu 3R ke media, adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak.

Seperti yang dikatakan Anwar Ibrahim, pandangan Teresa Kok sepatutnya dibawa ke meja perundingan dan bukannya ke media.



Kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Kita juga agak musykil dengan dakwaan Anthony Loke yang mengatakan kenyataan Teresa Kok tidak melanggar undang-undang.

Bagaimana dengan Seksyen 298 Kanun Keseksaan di bawah Akta 574?

 



Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button