Dua wanita bergaduh sampai patah hidung didakwa

Oleh – Syeikh Baran


Dua wanita bergaduh sampai patah hidung didakwa

Dua wanita yang masing-masing merupakan pekerja salon dan peniaga atas talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan antara satu sama lain akibat pertikaian di media sosial pada dua bulan lalu.



Kedua-dua tertuduh, Siti Hajar Mohd. Sukri, 26, dan Hanis Faliana Mohd. Rosli, 23, yang dihadapkan di mahkamah majistret berasingan membuat pengakuan tidak bersalah.

Siti Hajar membuat pengakuan tersebut apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasar pertuduhan, Siti Hajar didakwa telah mencederakan Hanis Faliana Mohd. Rosli, 23, sehingga patah hidung.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah kafe di Jalan Kamaruddin di sini pada pukul 2.30 pagi, 29 Julai lalu.



Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Hanis Faliana turut memohon untuk dibicarakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak.

Peniaga atas talian itu didakwa mencederakan Siti Hajar dengan memukul bahu kiri, tangan kanan dan lutut kanan wanita itu di lokasi dan waktu yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button