Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.

Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.

Tanya lah mana mana pemerhati politik yang jujur dan ikhlas, apa pencapaian dan kejayaan PAS perolehi pada sesi muktamar yang baru berakhir?

Apakah yang PAS dapat cerita kepada semua ahli dan penyokong nya tentang kejayaan pada Empat negeri yang diperintah oleh PAS (SG4).



Dari apa yang dapat disaksikan, langsung tiada pencapaian yang dapat dipersembahkan kepada ahli ahli dan penyokong mereka sendiri .

Muktamar PAS sepatutnya dipenuhi dengan pendebat pendebat dan pengusul pengusul yang sudah cukup maklumat dan data pemasalahan negeri dan negara , untuk dibahaskan, namun mengenali tabiat PAS yang sememang kuat bercakap langsung tiada kecenderungan kearah iru.

Apa terjadi pada muktamar PAS?

Laungan Pemuda PAS mahu PMX Anwar Ibrahim meletak jawatan.



Ini satu kerja kebodohan dan sia sia dari Pemuda PAS.

Pertama ,ia sekadar lauangan melepas perasaan sahaja kerana panggilan dari satu sayap pemuda sebuah parti bukan lah platform yang ada nilai undang undang untuk mendesak pemimpin negara mengundur diri.

Kedua, parti lain juga ada hak mendesak pemimpin PAS yang sudah usang untuk meletakan jawatan juga.



 

Sebenarnya Muktamar PAS telah memberi sedikit bayangan bahawa PAS cuba lari dari realiti sebenar kegagalan mereka yang begitu jelas.

Dengan hukum hakam yang begitu flipflop dan bertukar ikut cuaca dan juga dasar yang tidak jelas memdedahkan PAS kepada banyak kegagalan yang mereka hadapi.

Salah seorang penceramah PAS, begitu ketara mengkritik PAS dan kepimpinan, ini menunjukan kelaianan dan realiti yang cuba disorok oleh PAS selama ini.



Didalam suasana skrip persidangan yang mensasarkan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tiba tiba ada pula wakil yang membangkitkan isu kegagalan kepimpinan PAS.

Beliau menegur kegagalan PAS kawal selia pemimpin sendiri

Kenyataan beliau ini menjadi ” wake up call” kepada PAS yang amat jarang melihat pada diri sendiri.

Sebenarnya kerosakan PAS sudah pun dikesan bermula dari pemimpin atasan PAS sendiri.



Kelemahan Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man selama ini ditutup dengan mengalih tumpuan ahli kepada pihak lawan seperti UMNO dan Zahid.

Kini kerosakan PAS bermula dan ia bermula dari atas, seperti ikan, kerosakan yang bermula dari kepala akan membusuk keseluruhan badan.

Dijangka apabila PRU16 menjelang tiba PAS akan menghadapi kerosakan lebih teruk ahli ahli yang baru dan berani akan tampil mahu bahagian mereka dalam parti.

Orang seperti Hj Hadi dan Tuan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai orang suruhan Mahathir dan Muhyiddin akan disingkir dari parti kerana suara suara baru mahu ambil peranan mereka dalam parti.I



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button