Malaysia kini terajui industri halal global

Malaysia kini terajui industri halal global

Malaysia kini terajui industri halal global
TENGKU Zafrul ketika berucap pada Majlis Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec). FOTO Aiman Hariz Azhar

Kuala Lumpur: Nilai eksport halal Malaysia mencecah hampir RM55 bilion pada tahun lalu sekali gus menjadi tahun kedua berturut-turut melepasi paras RM50 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kategori makanan dan minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion iaitu peningkatan hampir lima peratus berbanding RM27.84 bilion pada 2022.

Menurutnya, ia kemudian diikuti ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal.



“Sungguhpun berdepan dengan cabaran ekonomi global, Alhamdulillah Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (GIEI).

“Ini merupakan pencapaian 10 tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai peneraju industri (halal) ini di peringkat global.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0




“Produk-produk seperti makanan tambahan, makanan berfungsi dan bahan ramuan juga semakin banyak mencari pengiktirafan halal kerana ia lebih diyakini pengguna dari segi kebersihan dan kualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, dari sudut perkhidmatan, sektor kewangan Islam juga diterima dan diguna pakai secara meluas melalui prinsip perkongsian risiko serta pelaburan berasaskan nilai-nilai Islam seperti keadilan, ketulusan dan tanggungjawab sosial.

“Nilai-nilai tersebut sememangnya selaras dengan prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) yang banyak dipromosi oleh negara-negara bukan Islam.



“Justeru, kerajaan Malaysia secara proaktif mendukung industri halal lebih-lebih lagi kerana permintaan untuk produk dan perkhidmatan halal global diramalkan mencecah nilai USD5 trilion pada 2030,” katanya.

Menurutnya, melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), syarikat-syarikat Malaysia akan diperkasakan untuk turut merebut peluang dengan menyasarkan eksport halal sebanyak RM75.2 bilion atau 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan selepas penganjuran 20 edisi Mihas dalam negara ini, ia kini akan melakukan penampilan sulungnya di luar negara yang akan dikenali sebagai Mihas@Dubai.

“Kita mahu memanfaatkan status Dubai sebagai bandar raya entrepot dan hab utama pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) bagi pengimportan dan pengedaran barangan buatan Malaysia ke negara-negara serantau.



“Sasaran jualan eksport di Mihas@Dubai adalah RM1 bilion dan saya yakin syarikat-syarikat Malaysia yang menyertainya akan berjaya mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Malaysia kini terajui industri halal global

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button