Mihas 2024: Kuskop sasar potensi pelaburan RM80 juta

Mihas 2024: Kuskop sasar potensi pelaburan RM80 juta

Mihas 2024: Kuskop sasar potensi pelaburan RM80 juta
Datuk Ewon Benedick

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), menyasarkan potensi pelaburan sebanyak RM80 juta daripada penyertaan 26 syarikat halal dan 14 syarikat francais jenama tempatan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pameran dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Kuskop itu dijangka dapat mencapai potensi pelaburan disasarkan melalui penyertaan syarikat berkenaan.

Katanya, penyertaan Kuskop bersama usahawan tempatan di Mihas 2024 ini bukti komitmen kerajaan dalam mempromosikan usahawan tempatan ke peringkat global.



“Kami yakin bahawa peluang ini akan memberikan manfaat besar kepada usahawan Malaysia untuk memperluas jaringan perniagaan mereka, terutamanya melalui peningkatan kerjasama strategik dengan pelabur antarabangsa.

“Kami berharap penyertaan kali ini akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak peluang bagi usahawan tempatan untuk meningkatkan daya saing di peringkat global.

“Diharap usahawan kita dapat mengambil peluang yang disediakan oleh platform seperti Mihas ini untuk terus maju dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin kompetitif.

“Ini bukan sahaja peluang untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa, tetapi juga untuk membina rangkaian yang lebih kukuh dan strategik dengan pelabur serta rakan niaga dari seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan Pavilion Kuskop Mihas 2024, di sini, hari ini.

Beliau turut menyaksikan empat Perjanjian Persefahaman (MoU) yang membabitkan syarikat usahawan halal tempatan bersama rakan niaga dari dalam negara dan luar negara.

Ia seperti syarikat R FEX Global Trade Sdn Bhd dengan rakan niaga dari Nigeria, dan syarikat Hijrah Nature Herbs (M) Sdn Bhd dengan rakan niaga dari Singapura dan Hong Kong.



Selain itu, dua produk makanan baharu turut dilancarkan hasil syarikat usahawan halal iaitu Sumatraa Industries Sdn Bhd dan Kuhot Holdings (M) Sdn Bhd bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

Beliau berkata, Pavilion Francais turut mempromosikan francais daripada pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, pendidikan dan perkhidmatan, antaranya CheeseU, Mokti’s, Marrybrown, Sangkaya, US Pizza, dan Vanilla Crepe.

Menurutnya, inisiatif program bersama pihak industri francais ini juga adalah kolaborasi bersama pihak Persatuan Francais Malaysia (MFA).

“Usaha ini adalah selaras dengan Perancangan Strategik Kuskop 2024 yang bertemakan Usahawan Madani, Memacu Ekonomi selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani untuk menaikkan siling ekonomi dan meningkatkan lantai pendapatan rakyat,” katanya.



 

Mihas 2024: Kuskop sasar potensi pelaburan RM80 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button