Peminat berpecah

Peminat berpecah

Peminat berpecah

SELEPAS 18 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya membuka mulut mengenai kisah di sebalik pengumuman mahu menamatkan zaman bujang yang terpaksa dihadapinya.

Kata Siti, berita itu seakan-akan tidak memberi ‘kebahagiaan’ kepada keseluruhan peminatnya. Ini kerana beliau berdepan situasi yang mana peminat tidak mahu lagi menyokongnya.



Apa yang mengejutkan, hal itu terjadi kerana ada peminat yang seolah-olah tidak merestui jejaka yang bakal menjadi calon suaminya itu.

“Saya pernah berdepan situasi peminat berpecah dua. Ada yang terus menyokong dan ada yang memilih untuk tinggalkan saya.

“Semuanya berpunca apabila saya pilih duda dan bukan lelaki bujang sebagai calon suami serta pelbagai perkara berbangkit lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0




 

“Mereka luahkan rasa kecewa dengan keputusan saya itu. Mujur ketika itu, media sosial tidak wujud lagi. Kalau tidak, habislah saya dikecam netizen.

“Ketika itu saya sudah reda dan terima dengan hati terbuka jika itulah keputusan mereka,” kata Siti ketika ditemui Harian Metro semasa ditemubual dalam siri podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 (ABPBH) di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.



Sesi podcast sempena penganjuran acara anugerah berprestij itu dikendalikan wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir dan wartawan hiburan BH, Affan Rostam.

Terkejut dengan situasi yang berlaku, Siti bagaimanapun tidak melatah atau tertekan sebaliknya bersikap positif.

Peminat berpecah
SITI lakar sejarah peribadi di ABPBH.

“Alhamdulillah saya dapat lalui dengan baik dan penuh kesabaran. Saya juga percaya pada Allah punya perancangan dan rezeki juga datang daripada-Nya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara




“Tapi tidak lama pun saya tunggu kerana selepas berkahwin dan dicalonkan dalam ABPBH, saya menang.

“Saya tak sangka pun akan menang kerana pada jangkaan saya mungkin orang lain dan bukan saya. Selain sudah berkahwin, mungkin bukan lagi zaman saya,” katanya.

Tambahnya, segala sangkaanya itu tidak tepat kerana peminat yang dulunya hilang kembali menambat hatinya semula.



“Rupanya sangkaan saya meleset dan peminat mula datang balik kepada saya. Mereka cuma mahu saya bahagia dan jika itu berlaku, mereka sangat gembira.

“Hendak buat macam mana, sudah tertulis itu jodoh saya. Suami pun jaga saya dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, Siti menikahi Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Peminat berpecah
DATUK Seri Siti Nurhaliza bercakap ketika sesi Podcast ABPBH 36 di Studio Digital Nstp.

Dalam pada itu, Siti turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang sering mempertikaikan kemenangannya dalam acara anugerah itu.



“Tindakan sesetengah pihak yang persoalkan kenapa saya asyik menang ABPBH boleh dianggap sebagai titik terendah dalam hidup saya.

“Komen negatif seperti itu membuatkan saya terfikir untuk menarik diri daripada ABPBH. Kenapa kemenangan saya itu perlu dipandang dari sudut negatif?

“Janganlah fikir mengapa saya asyik menang, tetapi anggaplah ia satu persaingan sihat untuk tingkatkan prestasi.

“Lagipun ciri untuk menang itu dilihat dari segi aktifnya seseorang artis itu dalam satu tempoh tertentu, lagu yang ‘meletup’ dan anjurkan konsert.

“Kalau rasa ada keinginan untuk menang, kena buat perancangan yang bagus dan sentiasa bekerja keras,” pesan katanya.

Terdahulu, Siti berjaya mengumpul 13 trofi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dan dinobatkan tujuh kali sebagai Bintang Paling Popular sebelum Siti akhirnya memutuskan untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH.

Peminat berpecah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button