Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.

 

Oleh Adam Malik

 



 

Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.

Kepimpinan Parti PAS hari ini sudah hilang arah tuju.

Jika diperhatikan dengan teliti , PAS tiada pendiririan yang tetap dan tidak teguh berprinsip.



Muktamar PAS ke70 yang baru berlalu telah memaparkan terlalu banyak kepincangan dalam Parti PAS sendiri.

Walaupun skrip asal muktamar adalah menyerang musuh PAS terutamanya UMNO dan semua yang bukan “Islam” , namun, ia dikejutkan dengan kebangkutan suara dari dalam PAS sendiri tanpa disangka.

Perasaan tidak puas hati bahawa kepimpinan sangat carca marba dan tunggang langgang menangani isu ikut negeri telah dibangkitkan.

Kepimpinan PAS tiada jawapan untuk hal yang dibangkitkan secara mengejut ini kerana selama ini fokas dan tumpuan han6a menyerang pihak luar dan pihak lawan.



Muktamar PAS ke70 beri meseg bahawa kepimpinan PAS bawah Haji Hadi sudah gagal berkali kali.

Muktamar sepatut membentang kejayaan PAS memeritah Empat Negeri Melayu tetapi tidak begitu.
Ia juga patut jadi platform PAS beritahu seluruh negara hala tuju PAS.

Sebaliknya PAS sendiri dedah kelemahan sendiri.
Ternyata PAS cuba tukar formula baru dengan pelbagai cadangan baru seperti kawin rentas kaum dan menjinaki bangsa lain yang pernah digelar kapir harbi.

Ini semua terjadi kerana kedudukan PAS sudah “stagnant” dan tidak boleh pergi jauh dari kedudukan hari ini.



Didalam semua yang diperkata dan diperbincangkan, satu perkara besar yang PAS cuba tutup dan lindung.

Bahawa Presiden PAS Hj Hadi telah gagal bawa PAS menjadi kerajaan ketika PAS telah menang kerusi paling banyak dalam sejarah PAS.

Ini ketara kegagalan Hj Hadi dan sepatutnya Hadi berundur.

PRU16 belum tentu PAS akan menang dengan jumlah kerusi yang banyak seperti PRU15.



Hari ini juga PAS bukan ketua didalam Perikatan Nasional.

Jika kerusi banyak pun sekadar jadi pengikut bawah Muhyiddin, Hamzah Zainuddin dan Mahathir esok lusa bila kerusi mengurang, PAS hendak hadi apa?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button