Brighton, Forest sama liat

Brighton, Forest sama liat

Brighton, Forest sama liat
HINSHELWOOD menanduk masuk gol penyamaan Brighton. FOTO AFP

Brighton: Brighton & Hove Albion dan Nottingham Forest mengekalkan permulaan tanpa kalah mereka dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri 2-2 yang penuh liku, di mana pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain.

Forest mendahului melalui penalti Chris Wood pada minit ke-13, tetapi Brighton akhirnya bangkit menjelang hujung separuh masa pertama dengan dua gol dalam masa tiga minit.

Jack Hinshelwood menyamakan kedudukan dengan tandukan padu pada minit ke-42 sebelum Danny Welbeck menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.



Namun, Forest mendapat ganjaran atas usaha mereka apabila Ramon Sosa menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-70.

Keadaan menjadi tegang apabila Morgan Gibbs White dari Forest dilayangkan kad merah akibat terjahan keras yang mengakibatkan layangan kad kuning kedua, dan kedua-dua pengurus juga dihantar keluar dari kawasan teknikal.

Kedua-dua kelab kini mempunyai sembilan mata dari lima perlawanan pembukaan, dengan Brighton di tempat ketujuh dan Forest di tempat kelapan.

Brighton, Forest sama liat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button