Norris juara GP Singapura

Norris juara GP Singapura

Norris juara GP Singapura
NORRIS meraikan kejayaan muncul juara di Singapura. FOTO AFP

Singapura: Lando Norris dari McLaren mendominasi Grand Prix (GP) Singapura dari awal hingga akhir hari ini, merapatkan jurang dalam kejuaraan Formula Satu (F1) di belakang Max Verstappen.

Pemandu berusia 24 tahun itu meluncur dari posisi petak utama di Litar Marina Bay yang diterangi lampu dan, walaupun menghadapi beberapa saat dalam situasi berbahaya apabila dua kali menyentuh dinding, dia memimpin setiap pusingan hingga ke bendera penamat dikibarkan.

Verstappen dari Red Bull menamatkan perlumbaan di tempat kedua, dengan ketinggalan 20.945 saat (s) di belakang persaingannya, sementara rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri berada di tempat ketiga dalam perlumbaan malam yang panas, berlangsung selama 62 pusingan.



Kelebihan 59 mata Verstappen ke atas Norris kini dipotong kepada 52 dengan berbaki enam perlumbaan lagi, termasuk tiga saingan pecut, sementara McLaren meluaskan kelebihan mereka ke atas Red Bull dalam kedudukan pengeluar kepada 41 mata.

“Ia adalah perlumbaan yang luar biasa. Terlalu banyak situasi hampir terbabas, saya mengalami beberapa detik mencemaskan, tetapi saya rasa semuanya terkawal dengan baik,” kata Norris selepas meraih kemenangan ketiga dalam kariernya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota



 

“Jentera ini sangat hebat. Saya dapat menekan, kami bergerak laju sepanjang perlumbaan dan pada akhirnya dapat bersantai. Jadi ia adalah perlumbaan yang baik, masih sukar, saya sedikit berhati-hati, tetapi sangat menyeronokkan.”

Norris juara GP Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button