Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 

Di atas kertas, UMNO/Barisan Nasional dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi di DUN Mahkota dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

Apa lagi dengan bantuan dari Pakatan Harapan, calon UMNO/Barisan Nasional dijangka menambah majoriti undi.



Tetapi dalam pilihan raya, terutamanya pilihan raya kecil, sentimen terakhir pengundi boleh menjadikan perkara mustahil kepada tidak mustahil.

Baru-baru ini, jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan membongkarkan tularnya sepucuk surat yang disyaki dari Perikatan Nasional kepada pengundi Cina.

Surat tersebut meminta supaya pengundi Cina agar memboikot atau tidak keluar mengundi di hari pembuangan undi.

Ianya didedahkan oleh ahli parlimen Kluang dari DAP, Wong Shu Qi.



Surat tersebut ditulis dalam bahasa Cina bertajuk Seruan kepada pengundi dalam pilihan raya kecil Mahkota: Kami harap untuk melihat layanan adil untuk semua rakyat di Johor.

Beliau menyifatkannya sebagai satu taktik kotor oleh Perikatan Nasional.

Beliau berkata terdapat aduan mengenai individu yang datang rumah ke rumah pada lewat malam.

Dan mereka menyelitkan surat berkenaan ke dalam peti surat.



Kawasan yang menjadi sasaran adalah kawasan majoriti pengundi Cina seperti Taman Lian Seng dan Taman Sri Kluang.

“Saya mengesyaki secara munasabah bahawa surat tanpa nama ini adalah kerja PN.”

“Kerana mereka berharap untuk menghalang pengundi Cina daripada keluar mengundi, yang akan meningkatkan peluang mereka untuk menang,” jelas beliau.

UMNO/Barisan Nasional Mesti Selesaikan Isu Dengan Bijak

Sementara itu, MB Johor, Onn Hafiz berkata, beliau menerima laporan daripada komuniti perniagaan yang menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini.



“Jika benar, saya sangat-sangat sedih.”

“Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya,” jelas beliau.

UMNO/Barisan Nasional tidak boleh memandang remeh terhadap masalah ini.

Mengikut demografi pengundi, 35% dari pengundi yang berdaftar di DUN Mahkota adalah pengundi Cina.



Mungkin ada baiknya UMNO mencari jalan penyelesaian terhadap konflik antara Dr Akmal dan Teresa Kok.

Tidak mustahil persengketaan antara Dr Akmal dan Teresa Kok serta surat layang boleh mengubah keputusan pilihan raya kecil DUN Mahkota.

 

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button