Mamat bakal cipta sejarah
Mamat bakal cipta sejarah
Kuala Lumpur: Pelumba berpengalaman negara, Mohd Harrif Saleh atau dikenali sebagai Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus sekali gus menyaksikan Mohd Harrif, 35, bakal mencipta sejarah tersendiri di pentas LTdL apabila memegang status sebagai pelumba paling banyak membuat penampilan iaitu sebanyak 15 kali.
“Bagi saya masih mempertaruhkannya sebab setakat ini pelumba pecut (sprinter) terbaik TSG masih Harrif Saleh. Tiada istilah kuda tua buatnya dan kita tak jumpa lagi pelapis setaraf dia. Kita lihat prestasi beliau juga dalam tahap terbaik di tambah pengalaman dia miliki,” katanya.
Mamat yang meraih tiga kemenangan peringkat perlumbaan LTdL membuat penampilan ke-14 pada edisi 2023, sekali gus mengatasi rekod 13 penampilan dipegang pelumba Iran, Ghader Mizbani.
Turut berada dalam senarai sejarah penampilan terbanyak LTdL ialah dua bekas pelumba kebangsaan Annuar Manan dan Loh Sea Keong apabila masing-masing membuat 12 penampilan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat
- Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
- SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?
Nasiruddin berkata selain Mamat, TSG turut dibarisi Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Nur Aiman Mohd Zariff, Andreas Miltiadis, Anatolli Budiak selain Muhammad Nur Aiman Rosli yang pertama kali beraksi bersama pasukan TSG.
Menurutnya lagi, pihak pengurusan pasukan dalam masa sama menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu podium serta seorang pelumba bagi merebut gelaran 10 pelumba terbaik keseluruhan (GC).
Mamat bakal cipta sejarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf
- Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri
- Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?