[VIDEO] Jaga bunuh rakan sekerja tiba di mahkamah untuk didakwa

Oleh – Syeikh Baran


[VIDEO] Jaga bunuh rakan sekerja tiba di mahkamah untuk didakwa

Seorang pengawal keselamatan yang membunuh rakan sekerja sebelum membuang mayat dalam but kereta
tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi ini.



Suspek lelaki berusia 20an itu tiba kira-kira pukul 8.25 pagi dengan menaiki trak polis.

Lelaki berkenaan dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Kosmo! semalam melaporkan masalah peribadi dan hutang dipercayai motif kes pembunuhan mangsa berusia 43 tahun.

Suspek yang juga pengawal keselamatan berusia lingkungan 20-an ditahan pada 17 September lalu di rumahnya sekitar Sabak Bernam.



Penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian itu.

Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah disyaki dibunuh selepas mayatnya ditemui di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat mangsa yang cedera akibat ditikam dan dikelar dalam but kereta berkenaan.

Keluarga pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam itu menuntut supaya suspek segera dihadapkan ke muka pengadilan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button