PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS
PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS
Secara tiba-tiba, politik negeri Perlis yang dipimpin oleh PAS kembali bergolak.
Tiada angin dan tiada ribut, secara tiba-tiba, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan, 2 ADUN PPBM Perlis digugurkan dari senarai EXCO Perlis.
Kedua-dua mereka adalah ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan.
Wan Zikri sebelum ini adalah EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif.
Manakala Megat Hashirat pula adalah bekas EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan.
Tindakan Menteri Besar Perlis dari PAS menimbulkan tandatanya dan spekulasi mengenai kestabilan kerjasama PAS dan PPBM Perlis.
Lebih-lebih lagi, Wan Zikri baharu dilantik sebagai EXCO Perlis pada 16 November 2023.
Kita menghormati hak prerogatif menteri besar untuk melantik dan menukar EXCO negeri.
Tetapi persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik dan ahli PPBM adalah apakah keputusan menggugurkan kedua-dua EXCO PPBM itu sudah dimaklumkan kepada kepimpinan di pusat?
Apa alasan sebenar menteri besar menggugurkan kedua-dua ADUN PPBM tersebut dari senarai EXCO Negeri Perlis.
Adakah kerana prestasi mereka yang tidak mencapai ke tahap yang diharapkan?
Jika itu alasannya, adakah kesemua EXCO Perlis dari PAS telah menunjukkan prestasi kerja yang mengkagumkan?
Apakah ada pembangunan yang telah di bawa oleh EXCO Parlis dari PAS yang boleh dibanggakan?
Atau mungkinkah pengguguran mereka ada kaitan dengan integriti dan kredibiliti?
Jika itu alasannya, bagaimana pula dengan kes yang melibatkan pejabat Menteri Besar Perlis?
Nampaknya PPBM Perlis terus-terusan menjadi mangsa buli pemimpin PAS di Perlis.
Kita menunggu apa pula komen atau respon atau pun kenyataan dari pemimpin PPBM dan PAS di peringkat pusat.
PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS
Di Syorkan Untuk Anda:
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan