UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin

UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin

UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin

 

Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

UMNO kini secara terbuka memberikan peluang kedua kepada semua pemimpin UMNO yang digantung keahlian dan juga bekas pemimpin UMNO yang sudah dipecat.



Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi ketika ditanya wartawan dalam sidang media selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor.

“Saya tak nampak kenapa Majlis Tertinggi tak bersetuju dengan rayuan beliau (Tajuddin).”

“Jika ada ahli-ahli lain yang lakukan tindakan sama sebagaimana dibuktikan Tajuddin, saya tak nampak jika ahli-ahli Majlis Tertinggi juga tak boleh lakukan keputusan sama,” jelas DS Zahid.

Namun menurut DS Zahid, mereka terlebih dahulu membuktikan komitmen kepada parti.



Keterbukaan parti UMNO untuk menerima kembali pemimpin yang pernah diambil tindakan disiplin sepatutnya disambut dengan baik oleh mereka.

Jangan pula selepas ini, keterbukaan UMNO itu disalah artikan dengan menggambarkan seolah-olah UMNO merayu mereka untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Lupakan segala perbalahan peribadi dan utamakanlah perjuangan parti demi untuk memertabatkan kembali bangsa Melayu.

Ibarat kata pepatah, bumi yang mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak pernah bergelora.



Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula mereka yang berada di medan perjuangan.

Sudah pastilah di sepanjang perjuangan, akan ada hati yang terluka dan terguris, namun janganlah ianya dijadikan alasan untuk berseteru buat selama-lamanya.

Jadikan ianya sebagai pengalaman yang akan mematangkan perjuangan di masa yang akan datang.

Tanpa pemimpin, parti akan lesu dan tanpa parti, pemimpin akan hilang arah tuju.



Tidak timbul isu siapa yang lebih memerlukan siapa.

Pari memerlukan pemimpin yang ikhlas berjuang dan pemimpin memerlukan parti yang gagah sebagai wadah perjuangan.

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

Pandanglah masa hadapan perjuangan dengan semangat dan harapan, bukannya dengan dendam.



Apabila saf kepimpinan sudah kukuh semula, sudah pasti sokongan orang Melayu akan menyusul kembali tanpa berbelah bahagi.

UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button