Sindiket tawar ‘hawala’ dibongkar

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket pengurup wang haram yang berselindung di sebalik restoran, kedai runcit dan kiosk elektronik terbongkar dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia di Lembah Klang, di sini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, 10 premis diserbu dalam operasi khas dijalankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) di beberapa lokasi di ibu negara dan sekitar Selangor pada Ahad dan Isnin lalu.

“Modus operandi sindiket adalah beroperasi di restoran, kedai runcit, kedai kosmetik dan kiosk menjual peralatan elektronik bagi menutup jejak aktiviti pengurup wang tanpa lesen daripada dikesan.



“Seramai 29 warga asing ditahan terdiri daripada 11 lelaki Bangladesh, lima lelaki warga India, lapan lelaki warga Indonesia dan dua wanita Indonesia berusia 26 hingga 40 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penghantaran wang ke luar negara secara haram dikenali sebagai hawala iaitu tanpa melalui lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.

Menurutnya, mereka yang ditahan dipercayai berperanan sebagai orang tengah dan menguruskan kiriman wang ke luar negara.

Katanya, seorang lelaki warga India, lelaki warga Indonesia dan lelaki warga Bangladesh berusia 30 hingga 45 tahun dipercayai dalang utama sindiket di tiga lokasi berlainan dan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).



“Siasatan mendapati mereka juga mengenakan bayaran yang murah bagi menguruskan kiriman wang keluar negara,” katanya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading