Tergamak biar isteri, anak meninggal di ladang tebu
Jakarta: Kejamnya seorang suami kerana tergamak membuang isterinya sendiri yang ditemukan dengan dengan mayat bayi mereka di ladang tebu di Kediri, Jawa Timur, baru-baru ini.
Mayat kedua-duanya ditemukan di ladang tebu Dusun Pluncing dekat daerah Kediri, Jawa Timur.
Setelah identiti mangsa dikenal pasti, polis akhirnya merungkai siasatan kes penemuan mayat itu yang terarah kepada suami wanita berkenaan.
Portal Kompas melaporkan insiden berlaku apabila mangsa meminta suaminya untuk menghantarnya untuk menemui seseorang.
“Dalam perjalanan, suspek dan mangsa dipercayai bertengkar,” katanya.
Suspek yang kesal dengan pertengkaran itu kemudian menekan minyak untuk memecut motosikal hingga membuatkan mangsa terkejut dan cuba memegang badan suaminya, namun telefon bimbit dipegangnya terjatuh.
Mangsa yang tidak memakai topi keledar kemudian terjatuh hingga pengsan dan suspek berhenti untuk mengangkat isterinya naik ke atas motosikal.
Suspek kemudian meneruskan perjalanan walaupun isterinya beberapa kali terjatuh dari motosikal.
Menyedari keadaan isterinya yang semakin tidak berdaya, suspek membuang wanita itu di ladang tebu di Dusun Pluncing, sebelum pergi begitu saja.
Mayat mangsa ditemukan pencari rumput pada Rabu dalam keadaan tidak bernyawa dengan mayat bayi di sebelahnya.
Mangsa dipercayai sempat melahirkan bayi di ladang tebu itu iaitu tempat dia ditinggalkan.
Susulan kejadian, polis menahan suspek dan dia akan didakwa mengikut Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga (PKDRT) serta boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Agensi