Bangkai buaya tembaga di jeti Umbai

JASIN: Bangkai seekor buaya tembaga betina sepanjang lebih tiga meter ditemui nelayan di jeti Umbai di sini, hari ini.

Penemuan bangkai reptilia itu dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Pengarah PERHILITAN Melaka, Petra Sulai, berkata pihaknya menerima maklumat penemuan bangkai hidupan liar itu kira-kira jam 10 pagi.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota PERHILITAN digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Kami mendapati bangkai seekor buaya tembaga berada di jeti berkenaan dan hasil pemeriksaan, buaya itu dianggar sepanjang lebih 3.3 meter dengan berat antara 200 hingga 230 kilogram,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pihaknya percaya buaya itu dari Sungai Kesang dan menggunakan pesisir pantai terbabit bagi mendapatkan sumber makanan serta mencari pasangan mengawan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button