Inter mendapat kemenangan besar di Benfica dan meletakkan satu kaki di Separuh Akhir
Lisbon: Jurulatih Benfica, menegaskan belum mengangkat bendera putih walaupun pasukannya dalam bahaya terancam penyingkiran Liga Juara-Juara selepas tewas 0-2 di laman sendiri kepada Inter Milan pada suku akhir pertama pagi tadi.
Gol di separuh masa kedua Nicolo Barella dan Romelu Lukaku menyaksikan pasukan dari Itali itu mengorak langkah besar memburu tempat empat terakhir sambil meninggalkan pendahulu liga Portugal itu dengan segala-galanya.
“Ketinggalan 2-0 di tempat sendiri adalah tidak baik, tetapi kami berada pada separuh perlawanan,” kata Schmidt kepada pemberita di Estadio da Luz.
“Sudah tentu kami boleh pergi ke Milan untuk menang.
“Kami mempunyai detik-detik yang baik tetapi kami juga bernasib malang dengan penalti dan kami mungkin mempunyai satu atau dua penalti sendiri. Ia bola sepak.”
Barella menjaringkan gol dengan tandukan dalam gerakan menyerang untuk memberikan Inter mendahului minit ke-51 tetapi kapten Benfica, Joao Mario menghadiahkan penalti selepas bola terkena tangannya pada minit ke-82.
“Ia adalah perlawanan yang sukar. Saya rasa kedua-dua pasukan mempunyai peluang. Kami tidak mengambil kesempatan,” tambah Schmidt kelahiran Jerman.
“Kami kekal dalam permainan, pemain memberikan segala-galanya. Kami mencipta momen yang baik, tetapi kami melepaskan gol kedua dari sepakan penalti. Itulah kisah permainan.”
Kekalahan itu adalah yang ketiga musim ini untuk Benfica tetapi kedua berturut-turut.
Mereka tewas 1-2 di tempat sendiri kepada pencabar terdekat Porto dalam liga Jumaat lalu, yang mengurangkan pendahuluan mereka dalam kedudukan kepada tujuh mata.
Reuters