Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan motosikal, lori

ALOR SETAR: Tiga penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera di bahagian muka dan tangan selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal dengan sebuah lori berhampiran stesen minyak di Tanjung Musang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata tiga mangsa yang maut adalah

lelaki, berusia antara 19 hingga 23 tahun manakala remaja lelaki yang cedera berusia 14 tahun.



Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Sym VF31, Honda RS-Y, Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X serta lori terbabit dipercayai dari arah Alor Setar menghala ke Jabi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 56 tahun yang baru selesai mengisi minyak dipercayai hendak masuk ke laluan utama iaitu pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak terbabit.

“Namun ketika sedang bergerak terus di lorong kiri, tiba-tiba empat motosikal terbabit dipercayai melanggar tepat di bahagian belakang lori terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, tiga penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Remaja yang menunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dan dihantar serta dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pemandu lori terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading