Adik tikam abang kerana mi segera

Jakarta: Gara-gara mi segera, seorang lelaki di Indonesia, maut ditikam adik lelakinya.

Kejadian berlaku di daerah Lalan, Sumatera Selatan, pada 8 April lalu.

Sebelum itu, remaja berusia 15 tahun itu membeli sebungkus mi segera dari kedai berhampiran untuk berbuka puasa.



Ketua Polis Lalan, Hasurungan Hutajulu berkata, abangnya yang berusia 27 tahun itu berang apabila mengetahui remaja itu hanya membeli satu paket mi segera sahaja.

“Akibatnya, abangnya menampar dan memicit pipi mangsa kerana marah.

“Suspek ketika itu menghiris bawang dan kangkung dengan pisau di dapur dan dia secara spontan menikam perut mangsa,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Katanya, ahli keluarga segera membawa mangsa yang cedera ke klinik berhampiran, namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.



Polis berkata, mereka merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan menahan suspek.

Sementara itu, Ketua Kampung Karang Agung Aripin memberitahu Tribunnews, adik-beradik itu diketahui tidak mempunyai sebarang masalah.

Katanya, remaja lelaki itu dikenali sebagai seorang yang pendiam.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button