19 maut dalam letupan gas di klinik di Tehran

TEHRAN, 1 Julai — Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam kejadian letupan di sebuah klinik di utara Tehran, Iran pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Jabatan Bomba Jalal Maleki.

Beliau berkata 15 daripada mangsa yang maut itu terdiri wanita dan empat lelaki manakala enam lagi cedera.

Seramai 20 orang yang terperangkap dalam bangunan itu diselamatkan anggota bomba, tambah beliau.



Letupan kuat itu turut menyebabkan kebakaran di bangunan Klinik Perubatan Sina yang terletak di kawasan sesak dekat dengan dataran Tajrish.

Laporan media tempatan mengatakan punca kejadian disebabkan tangki oksigen meletup.

— BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading