Sedang belajar tentang agama Islam dan rancang kahwin – View Chin
Influencer TikTok, View Chin mengakui dia dalam perancangan untuk berkahwin dengan pekerjanya sendiri dan kini sedang belajar tentang agama Islam.
View Chin mendedahkan perkara itu semasa ditemubual oleh Kosmo! Online.
Pada ketika ini, dia sedang mempelajari tentang cara untuk mengenali agama Islam dan jika tiada aral melintang, dia akan berkahwin dengan Mira di masa akan datang.
Menurut View Chin, dia berasa tertekan pada waktu itu (konflik rumah tangga) dan Mira pula bimbang dengan keselamatannya.
“Saya tahu perbuatan ini tidak betul, tetapi cuba memperbetulkan keadaan dan sekarang saya belajar tentang undang-undang Islam dan mendekati agama Islam,” katanya.
Tambahnya, Mira bukan hanya sekadar pekerja, tetapi turut mengetahui segala-galanya tentang dirinya, termasuk perniagaan dan hal rumah tangganya. Malah dia kerap berbual dengan Mira yang mengakui faham dengan masalah rumah tangga View Chin dan Shermine.
“Mira tahu semuanya, termasuk apa yang bekas isteri saya buat. Hubungan saya dengan bekas isteri berakhir pada tahun lalu dan saya buat keputusan itu sebab saya ambil berat tentang masa depan anak saya,” katanya.
Sumber: China Press