Shuib Dedah Punca Anak Sulung Tidak Sedondon Di Majlis Pertunangan (VIDEO)

Sabtu lalu, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara tertutup di kediaman Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah warna pakaian yang dikenakan oleh anak sulung pelawak itu, Uwais Alqarni, 12, yang berbeza dan tidak sedondon dengan ayah serta adik beradiknya yang lain.



Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Uwais dilihat mengenakan busana berwarna merah hati berbanding ayah dan adik-beradiknya yang mengenakan busana berwarna hijau pucuk pisang.

Susulan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, menerusi sepotong video di Instagram menjelaskan hal sebenar mengapa Uwais tidak memakai sedondon dengan yang lain.

Ini kerana, pakaian yang seharusnya dipakai anak sulung kepada pelawak itu sudah tidak muat. Malah, Uwais dilihat tidak boleh menyarung seluar tersebut kerana tersangkut dan sedikit ketat di bahagian punggung.



Pendedahan tersebut sekali gus menepis dakwaan netizen yang sebelum ini mendakwa Uwais memakai pakaian serba merah disebabkan mengenang arwah ibunya, Puteri Sarah.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Namun, Allayarham dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.

 



 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)



Sumber : Instagram,duriankampong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button