“Aurora Macam Lagi Gembira, Betul Ke Trauma?” Kenyataan Diana Diragui

Sebelum ini, pelakon, Diana Danielle telah menghalang suaminya, Farid Kamil daripada berjumpa dengan anak perempuan mereka, Nur Aurora.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson mendakwa anaknya itu masih mengalami trauma dengan insiden ‘petik cili’.

Menurut pelakon Imaginur itu, suaminya telah menghukum anak dengan cara yang agak keterlaluan sehingga bertindak menengking, mengurung, dan membiarkan Aurora tidur di atas lantai di dalam sebuah bilik.



Terkini, Farid akhirnya dapat bertemu dan meluangkan masa bersama dua orang anaknya, Muhammad dan Aurora di sebuah taman tema air.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Muhammad dan Aurora dilihat ceria bermandi-manda bersama bapa mereka.

Bukan itu sahaja, pelakon Anwar: The Untold Story itu turut berkongsi momen-momen mereka bermain permainan air.

Meninjau di ruangan komen sebuah portal hiburan, perkongsian Farid telah menimbulkan persoalan orang ramai mengenai dakwaan Diana sebelum ini.



Malah, netizen mengatakan tidak mungkin anak perempuannya masih mahu meluangkan masa bersama bapa sekiranya mengalami trauma.

Kredit: Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button