Gol De Bruyne ikat Madrid

MADRID: Jaringan Kevin De Bruyne memberikan Manchester City keputusan seri 1-1 di Real Madrid pada aksi sengit separuh akhir pertama Liga Juara-Juara sebentar tadi.

Pemain Belgium itu meledak buat pasukan pelawat kendalian Pep Guardiola selepas Vinicius Junior membuka jaringan buat juara bertahan itu dari luar kotak penalti.

Madrid berjaya mengekang penyerang berbisa, Erling Haaland namun cubaan kencang De Bruyne memberikan keputusan seri menjelang kunjungan kedua di Manchester minggu depan.



Pemenang dengan rekod 14 kali itu menyingkirkan City pada peringat sama musim lalu walaupun tidak beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan dan mendahului di Santiago Bernabeu walaupun tidak menguasai permainan.

Bagaimanapun ketika Madrid menemui prestasi mereka pada babak kedua, City – yang masih mencari trofi pertama Liga Juara-Juara – kembali menerusi jaringan De Bruyne.

Pertahanan tengah Madrid, David Alaba dan Antonio Rudiger tidak memberikan peluang Haaland bernafas.

“Kami perlu melihat sama ada kami boleh menyerang (dengan lebih baik), Alaba dan Rudiger sangat rapat dengan Erling,” kata Guardiola.



“Bukan mudah mencari ruang. Kami aku cuba menyesuaikannya pada perlawanan kedua supaya lebih lancar dan bermain dengan rentak lebih baik.”

Pelawat mengawal sebahagian besar babak pertama dengan hampir 70 peratus kawalan, tetapi ketinggalan sebelum rehat.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button