Chef Wan sangkal sudah selesai 13 kitaran kimoterapi

“Buah kana boleh jadi asam boi” - , empat pun cukup seksa

Chef Wan sangkal sudah selesai 13 kitaran kimoterapi

Chef Wan sangkal sudah selesai 13 kitaran kimoterapi
Chef Wan kini menjalani kitaran keempat rawatan kimoterapi.

CEF selebriti Datuk Redzuawan Ismail menjelaskan laporan mengatakan dia sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran adalah tidak benar.

Redzuawan atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan sebaliknya berkata, ketika ini dia baru menyelesaikan empat kitaran rawatan tersebut.

Kata Chef Wan, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dirinya jika sudah melalui kesemua proses rawatan berkenaan.



“Macam mana empat kitaran kimoterapi tapi penulis boleh tulis sampai 13 ni?

“Kalau 13 kimoterapi, atok (Chef Wan) dari buah kana boleh jadi asam boi… empat kitaran ini pun sudah cukup seksanya,” katanya.

Chef Wan berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia sudah empat hari berada di hospital bagi menjalani rawatan kimoterapi bagi kitaran keempat.



Jelasnya, jika tidak mempunyai sebarang masalah, dia akan dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad ini.

“Selamat pagi… saya sudah empat hari di hospital untuk menjalani kitaran keempat kimoterapi.

 

Chef Wan sangkal sudah selesai 13 kitaran kimoterapi
Chef Wan sentiasa positif tentang penyakit dihidapinya.

“Alhamdulillah tidak banyak berlaku kesan sampingan melainkan ruam pada kulit… kata doktor sekiranya semua baik-baik, pagi Ahad saya dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya.



Pada awal Ogos lalu, Chef Wan mendedahkan dia sahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali.

Justeru itu, dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.

Chef Wan sangkal sudah selesai 13 kitaran kimoterapi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading