Beg tangan Ratu Suthida curi tumpuan

London: Raja dan Permaisuri Thailand turut berada di London antara 4 dan 7 Mei lalu bagi menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III di Westminster Abbey.

Namun, Ratu Suthida yang dilihat membawa beg anyaman buatan tangan diperbuat daripada tumbuhan menjalar dikenali sebagai beg tangan Yan Lipao, pada upacara itu, menarik perhatian di media sosial, lapor The Straits Times.

Lipao adalah pokok paku-pakis menjalar yang lazimnya ditemukan di hutan hujan dan boleh didapati di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.



Ia material sesuai untuk untuk dianyam sebagai beg kerana struktur yang kuat.

Beg Yan Lipao semakin popular di bahagian lain di dunia selepas Ratu Suthida sering mempromosikannya bagi meningkatkan pendapatan penduduk di selatan Thailand.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button