Pensyarah rugi RM2.57 juta terpedaya Macau Scam

KUANTAN: Pensyarah wanita sebuah universiti kerugian RM2.57 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans pada 22 Januari lalu.

Katanya, mangsa dikatakan terbabit dengan tuntutan insurans palsu dan pengubahan wang haram.



“Berikutan itu, mangsa diminta membuka dua akaun bank untuk akaun siasatan sementara dan diarah memindahkan wang daripada akaunnya ke akaun yang dibuka.

“Pada masa sama, suspek meminta mangsa untuk memberi maklumat perbankan miliknya berserta gambar kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kata laluan.

“Mangsa mula berasa ditipu selepas gagal menghubungi suspek dan wang yang dipindahkan sebanyak RM2,576,781 ke akaun sementara tidak diperolehi.

“Hasil siasatan mendapati wang terbabit adalah milik mangsa daripada wang simpanan dan pinjaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dalam kes terbabit, beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading