Che Ta Bemesra dengan Suami Undang Perhatian Netizen

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, baru-baru ini ada berkongsi satu video bermesra bersama suaminya, Zain Saidin di akaun Instagram miliknya.

Menurut perkongsian video pelakon itu, sebenarnya menerima hadiah dari suaminya iaitu barang kemas sempena sambutan Hari Ibu yang disambut beberapa hari yang lalu.

Di dalam video itu, Che Ta dipeluk erat dari belakang oleh suaminya, Zain sehingga menimbulkan komen daripada warga maya.

Rata-rata pengikut aktres itu ada yang memuji mereka tetapi ada juga yang tidak senang hati dengan kemesraan pasangan selebriti itu.



Namun, ada juga yang mendoakan supaya Che Ta dan Zain dikurniakan cahaya mata kedua pula dan bahagia sehingga ke syurga.

Kredit: Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker