Pengacara Lelaki Suka Berpantun Didakwa Gemar Langgan Pelacur Sejenis

Seorang pengacara lelaki yang gemar berpantun didakwa gemar melanggan pelacur lelaki walaupun dirinya sudah mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan daripada Utusan, difahamkan pendedahan ini dibuat oleh salah seorang pelacur lelaki yang pernah dilanggan pengacara tersebut.

Lebih mengejutkan ialah, pengacara berkenaan dikatakan gemar melanggan seorang pelacur lelaki dan seorang ‘mak nyah’ dalam masa yang sama.



Rupanya, keinginan seksual selebriti lelaki ini memang luar biasa. Menjadi kebiasaannya, untuk melanggan seorang pelacur lelaki serta seorang mak nyah pada masa sama?

Ada lagi yang diceritakan oleh sumber itu mengenai pengacara tersebut, tetapi tak sanggup pula Cik Bunga nak tulis lagi. Bimbang nanti ada yang termuntah pula.

Itu belum lagi Cik Bunga sentuh pasal dia mengganggu beberapa lelaki lain. Aduhai, orang begini, Cik Bunga harap satu hari nanti Tuhan tunjukkanlah siapa dirinya ini yang sebenar. Makin menjadi-jadi.

Menerusi laporan ini juga, pengacara ini juga dikatakan gemar berkongsi tips rumah tangga dan berkongsi hal-hal berkaitan agama bersama orang di sekelilingnya.



 Utusan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button